2007


Ratu Yang Berani (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830681920
RM16.00
Penulis: 
Yulis Haji Alwi
Tahun Terbitan: 
2007

Buku ini menceritakan tentang seorang Ratu yang kematian suami. Untuk melupakan kesedihannya, Ratu itu telah merantau ke seluruh negeri. Setibanya di satu perkampungan, Ratu dimaklumkan dengan berita kewujudan seekor naga berkepala dua yang mengganggu penduduk kampung. Bagaimanakah Ratu itu membantu penduduk kampung berkenaan? Adakah beliau berjaya?

Raja Rimba (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830681939
RM17.00
Penulis: 
Amy Suziani Ainuddin
Tahun Terbitan: 
2007

Di sebuah hutan belantara, Singa diangkat menjadi raja kerana kekuatannya. Singa sungguh sombong dan garang, dan selalu menjadikan haiwan lain sebagai mangsa. Apa akan berlaku seterusnya? Dapatkan jawapannya didalam buku ini.

Raja Rersiung (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830681912
RM18.50
Penulis: 
Adi Alhadi
Tahun Terbitan: 
2007

Buku ini mengisahkan seorang raja yang mempunyai perangai yang pelik, iaitu gemar makan darah dan daging manusia. Oleh sebab itu, baginda digelar Raja Bersiung. Disebabkan kegemaran itu, ramai rakyat dibunuh dan negeri menjadi kucar-kacir. Apakah yang terjadi seterusnya. Ikuti kesudahanya didalam buku ini.

Puteri Saadong (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830682129
RM16.00
Penulis: 
Othman Puteh
Tahun Terbitan: 
2007

Puteri Saadong ialah puteri kepada Permaisuri Kelantan, baginda sangat cantik dan bijaksana. Kecantikan baginda, menambat hati Raja Siam yang kemudiannya merancang untuk menyerang Kelantan bagi mendapatkan Puteri Saadong. Siapakah yang akan menang dalam peperangan tersebut? Ikuti kesudahannya dalam buku ini.

Puteri Gunung Ledang (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830681904
RM17.00
Penulis: 
Azlina Ahmad
Tahun Terbitan: 
2007

Sultan Melaka bermimpi akan kecantikan Puteri Gunung Ledang dan ingin menjadikannya  permaisuri baginda. Hang Tuah dan sahabatnya diperintahkan meminang Puteri Gunung Ledang. Mereka menempuhi pelbagai kesukaran  demi untuk menyampaikan hasrat Sultan Melaka. Berjayakah Sultan Melaka mengahwini puteri tersebut? Dapatkan jawapannya didalam buku ini.

Perang Melaka (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830681793
RM17.50
Penulis: 
Baharuddin Adam
Tahun Terbitan: 
2007

Siri Sastera Kanak-kanak dan Remaja (bahasa Arab) ini dihasilkan khusus sebagai bahan bacaan tambahan untuk membantu pelajar yang sedang mempelajari bahasa Arab. Dengan bahasa yang mudah dan menarik, ceritanya ditulis berdasarkan kisah rakyat tempatan di Malaysia yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Melupakan Budi (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830682145
RM16.00
Penulis: 
Jamilah Alias
Tahun Terbitan: 
2007

Pada suatu hari, buaya yang sedang berjemur ditimpa batang pokok dan tidak dapat melepaskan diri. Kerbau yang berada berdekatan terdengar jeritan buaya meminta tolong.Oleh kerana kasihan, kerbau menolong buaya melepaskan diri. Apakah balasan yang diberikan oleh buaya kepada kerbau? Ikuti kisah selanjutnya didalam buku ini.

Mat Dengan Telur Emas (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830681777
RM18.50
Penulis: 
Amril Shah
Tahun Terbitan: 
2007

Mat pemuda yang malas dan suka berangan-angan menjadi kaya raya. Suatu hari impiannya menjadi kenyataan apabila ayam peliharaannya bertelur emas. Apakah yang terjadi kepada Mat selepas memiliki telur tersebut? Ikuti kisah selanjutnya didalam buku ini.

Labah-labah yang Sabar (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830681742
RM17.00
Penulis: 
Mohd. Afif Abidin
Tahun Terbitan: 
2007

Dalam sebuah kebun buah-buahan, tinggal seekor labah-labah dan seekor lalat. Lalat sering mengejek labah-labah yang kelihatan membuat sarang setiap hari, kerana sarangnya  sering rosak. Mampukah labah-labah bersabar dengan kerenah lalat tersebut?

Kerengga Dengan Rama-rama (Bahasa Arab)


ISBN: 
9830682072
RM16.00
Penulis: 
Amy Suziani Ainuddin
Tahun Terbitan: 
2007

Kerengga selalu takbur dan suka bercakap besar. Dia menganggap dirinya serangga tercantik, dan kerana itu dia suka menghina serangga lain termasuk kumbang dan ulat. Suatu hari muncul serangga cantik daripadanya. Apakah Kerengga akan terus sombong dan angkuh?