There are no products in your shopping cart.
2008
Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791 - 1965)
Buat julung kalinya, terbitlah sebuah buku yang memuatkan himpunan perjanjian dan dokumen lama yang penting mengenai Malaysia (dari zaman penjajahan Inggeris hingga saat pembentukan Malaysia dan pemisahan Singapura) - buku pertama seumpamanya di Malaysia dan hanya yang keempat di dunia. Bahan yang dipaparkan menunjukkan sorotan peristiwa bersejarah yang berlaku di tanah air, dari Zaman Kesultanan Melayu dan penjajahan kuasa asing hinggalah saat perjuangan menuntut kemerdekaan.
Siapa Kita?
Buku ini memperlihatkan kepentingan dan keistimewaan jati diri serta semangat kebangsaan Amerika. Secara umumnya, ia membincangkan kedua-dua unsur tersebut yang dilihat sebagai sentiasa berubah mengikut zaman, selain aspek kerencaman serta kebudayaan Inggeris-Protestan yang berterusan menjadi teras jati diri masyarakatnya selama tiga abad.
Reka Bentuk Kejuruteraan Pendekatan Bahan dan Pemprosesan
Buku ini mengetengahkan masalah pentafsiran, penjanaan konsep dan penilaian serta proses reka bentuk secara terperinci. Ia juga membincangkan tinjauan pemasaran dan pelanggan, pengaturan fungsi kualiti, penyelesaian masalah menggunakan alat TQM, penggunaa Internet untuk mengumpulkan maklumat, kosep asas TRIZ, kaedah AHP untuk penilaian konsep, penentuan seni bina produk, reka bentuk untuk alam sekitar, ragam kegagalan dan analisis kesan, reka bentuk tegap dan kaedah Taguchi, pengekosan berdasarkan aktiviti dan model keuntungan produk.
Teori Dan Teknik Terjemahan (Edisi Khas)
Buku ini adalah rujukan utama bagi kursus terjemahan yang kini diajarkan di pelbagai institusi pengajian tinggi dalam negeri.
Disertakan juga panduan menjalankan perkhidmatan penterjemahan secara komersial bagi mereka yang berhasrat menubuhkan biro khidmat terjemahan profesional.
Membaca dan Disleksia
Buku ini membincangkan hasil kajian sepasukan penyelidik antarabangsa mengenai laluan penglihatan yang berbeza-beza, bidang neuroanatomi, pergerakan mata, lekapan dan tempoh penglihatan, interaksi antara pergerakan dengan penglihatan dan kesan proses tumpuan seperti fokus, gangguan dan perencatan. Setiap bab menjelaskan keupayaan membaca dan peri pentingnya memahami mengapa sesetengah individu mengalami masalah untuk memperoleh kemahiran membaca.
Budaya dan Imperialisme
Buku ini dianggap sebagai kritikan sastera yang sangat cemerlang dan dirujuk sebagai karya sains politik yang memperlihatkan bagaimana Barat menggunakan kesusasteraan untuk mendominasi budaya masyarakat dunia – selain politik dan ekonomi. Ia menjelaskan bagaimana budaya dikuasai menerusi ungkapan kata-kata dan bagaimana kongkongan terhadap budaya dapat dileraikan dengan cara mempertahankan pandangan lama – atau dengan menyuarakan pandangan baru dalam suasana baru.
Falsafah Dunia
Kita hidup dalam era yang paling banyak berubah dalam sejarah. Pada zaman silam, adalah mustahil untuk kita berjalan dari satu pusat tamadun ke pusat tamadun lain, malah sebahagian besar dunia tidak dikenali oleh sebahagian yang lain. Seluruh wilayah terpisah antara satu sama lain, lalu sejarah difikirkan secara berasingan oleh kelompok masyarakat yang berlainan. Tapi kini, semuanya bergerak seiring lalu membentuk aliran tunggal sejarah dunia. Kesannya, kita semua kini termasuk dalam proses ekonomi global dan perlu berfikir secara global.
Gagasan Agung
Buku ini memaparkan koleksi 102 esei hebat yang membincangkan gagasan agung pelbagai pengarang dari zaman Homer hingga abad ke-20, termasuklah Herodotus, Plato, Aristotle, Plutarch, Aquinas, Dante, Shakespeare, Montaigne, Spinoza, Locke, J.S. Mill, Hegel, Tolstoy, Darwin dan Marx. Ia mencakupi pelbagai bidang, termasuk psikologi, yang membincangkan perihal emosi, cinta, roh serta minda atau sains semula jadi yang memberi penjelasan mengenai astronomi dan kosmologi, infiniti, matematik, jirim, fizik, kuantiti serta ruang.
Lexus dan Pokok Zaitun
Buku ini menampilkan tinjauan menarik mengenai sistem baru yang mengubah hal ehwal dunia hari ini. Ia menggambarkan pertentangan dan ketegangan antara sistem globalisasi dengan kuasa budaya, geografi, tradisi dan masyarakat lama. Turut dipaparkan secara terperinci ialah tindak balas ganas akibat globalisasi di kalangan mereka yang berasa tertindas olehnya, selain menjelaskan apa yang perlu dibuat untuk mengimbanginya. Analisisnya provokatif – menjelaskan maksud ekonomi global elektronik yang baru, bagaimana dunia berfungsi dan cara untuk hidup di dalamnya.
Pandangan Dunia
Apabila abad baru melabuhkan tirainya, globalisasi menjadi kunci utama bagi setiap aspek strategi korporat. Kesannya, timbul persoalan yang bukan saja berkaitan dengan kaedah menembusi pasaran baru, tetapi juga mengenai takrif pasaran itu sendiri. Buku ini mengupas bagaimana sesebuah syarikat patut diurus dan diterajui dengan menjadikan globalisasi sebagai unsur penting dalam perkembangan kerjaya, budaya organisasi, pilihan lembaga pengarah dan penetapan nilai tanggungjawab sosial.









![Expand cart block. []](/sites/all/modules/ubercart/uc_cart/images/bullet-arrow-up.gif)


_0.jpeg?)


