There are no products in your shopping cart.
2009
Pengenalan Mekatronik dan Sistem Pengukuran
Pengenalan Mekatronik dan Sistem Pengukuran memberikan gambaran keseluruhan tentang bidang mekatronik yang sedang berkembang. David G. Alciatore dan Michael B. Histand mengambil langkah yang cermat untuk menyampaikan sistem pengukuran dan elektronik yang merupakan asas untuk memahami sistem mekatronik. Edisi kedua ini memasukkan bab baru tentang pengaturcaraan dan pengantaramukaan mikropengawal. Di samping teknik analisis, pertimbangan reka bentuk juga dikemukakan dalam seluruh teks.
Kelestarian Bidang Penterjemahan
Kelestarian Bidang Penterjemahan adalah himpunan kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan mengenai tema yang sama, berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos 2009 di Pulau Pinang. Himpunan kertas kerja ini membincangkan beberapa topik khusus seperti teori dan teknik penterjemahan, terjemahan mesin, terjemahan dan media, terjemahan dan pendidikan, terjemahan kesusasteraan, terjemahan teks khusus dan dokumen rasmi, interpretasi untuk kaum istimewa, kamus dan terjemahan, unsusr-unsur budaya dalam terjemahan, dan terjemahan dalam penerbitan dan perniagaan.
Kebangkitan Negara Maya
Buku ini menjelaskan hubungan antarabangsa dan perdagangan dunia pada abad akan datang. Ia memperlihatkan bagaimana dunia akan bangkit, selain menjangkakan apa yang bakal terjadi kepada Amerika Syarikat dalam sistem baru politik dan ekonomi antarabangsa – dan siapa yang mungkin akan menang atau kalah di pentas dunia.
A Pilgrimage to the Orient
This book presents a critical consideration of literary theory and methodology developed within Western modern and postmodern cultures, but imposed on Oriental literatures. It strongly argues for the application of Oriental theories and methodologies, for the appreciation of Oriental literatures. There is as yet no other book that discusses issues in the context of current developments within literature and related disciplines with such clarity and comprehensiveness.
Tikus Yang Mengenang Budi (Bahasa Arab)
Ketika sekumpulan tikus sedang bermain-main di hutan, mereka telah terserempak dengan seekor singa yang garang. Singa tersebut ingin menjadikan tikus kecil itu sebagai makanannya. Walau bagaimanapun, tikus meminta untuk dilepaskan dan berjanji akan menolong singa. Suatu hari, tikus terdengar ada jeritan meminta tolong. Rupa-rupanya singa telah tersangkut di jaring. Tikus menggigit jaring tersebut menggigit jaring tersebut sehingga putus dan telah menyelamatkan Singa.
Nakhoda Tanggang (Bahasa Arab)
Tanggang adalah seorang kelasi kapal yang belayar ke merata tempat. Kerana ketekunannya dia dilantik menjadi nakhoda kapal dan dikahwinkan dengan anak raja. Suatu hari, Kapal Tanggang berlabuh di pantai berdekatan kampung asalnya. Ibu dan bapa Tanggang mengunjungi kapal tersebut kerana ingin menemuinya, tetapi Tanggang tidak mengaku mereka sebagai ibu bapanya. Ikuti kisah sedih ini di dalam Nakhoda Tanggang.
Ensiklopedia Soal dan Jawab Mengelilingi Dunia
Ensiklopedia Soal & Jawab yang dihias dengan ilustrasi istimewa ini menjawab lebih daripada 70 soalan penting untuk membolehkan kamu memahami subjek utama. Ketahui bandar apakah yang mempunyai penduduk paling ramai, di manakan Orang Masai tinggal, bagaimanakah Sungai Caribbean mendapat namanya, serta banyak lagi fakta yang menarik perhatian. Uji rakan kamu dan buatkan mereka kagum dengan pengetahuan kamu apabila kamu menjawab kuiz yang mencabar, dan pelajarilah fakta baharu yang menarik dalam panel fakta yang mudah digunakan.
Release Me Back to the Sea (Volume I)
The novel depicts the people of Malaya circa 1954-57 just before independence. It details the lives offive levels of society: the British administration,independence fighters, the army, common peopleand communist rebels. The novel reflects thepursuit of independence for the people and thenation.
Teknik Mendorong Pelajar Belajar Tanpa Membunuh Semangat Mereka
Buku ini membincangkan matlamat sejagat dunia mengajar yang antara lain bertujuan menanam sikap positif dalam diri pelajar terhadap proses pembelajaran di sekolah. Ia menjelaskan corak persekitaran yang mempengaruhi sikap, serta cara mengenali dan menilai seseorang pelajar. Turut dibincangkan ialah kaedah terbaik yang dapat membantu pelajar menggunakan apa yang dipelajari dengan sebaik mungkin, selain cara mempengaruhi mereka untuk terus tekun belajar.







![Expand cart block. []](/sites/all/modules/ubercart/uc_cart/images/bullet-arrow-up.gif)


_0.jpeg?)


