Bestsellers


Rancangan Pemasaran yang Berjaya


ISBN: 
9789830684062
RM25.00
Penulis: 
John Westwood
Tahun Terbitan: 
2009

Asas bagi perniagaan yang berjaya adalah rancangan pemasaran yang baik. Namun, untuk membuat rancangan yang terbukti berkesan dan berjaya ternyata amat sukar. Rancangan Pemasaran yang Berjaya akan menjadikan tugas anda lebih mudah dan berkesan. Panduan yang diberikan secara langkah demi langkah akan membantu anda merangka dan menentukan rancangan yang praktikal untuk mencapai matlamat perniagaan. Buku ini turut memuatkan banyak latihan yang berkesan untuk membantu anda menghasilkan rancangan pemasaran yang mencakupi setiap aspek termasuklah:

• melaksanakan audit pemasaran

Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791 - 1965)


ISBN: 
9789830683058
RM50.00
Penulis: 
Institut Terjemahan Negara Malaysia
Tahun Terbitan: 
2008

Buat julung kalinya, terbitlah sebuah buku yang memuatkan himpunan perjanjian dan dokumen lama yang penting mengenai Malaysia (dari zaman penjajahan Inggeris hingga saat pembentukan Malaysia dan pemisahan Singapura) - buku pertama seumpamanya di Malaysia dan hanya yang keempat di dunia. Bahan yang dipaparkan menunjukkan sorotan peristiwa bersejarah yang berlaku di tanah air, dari Zaman Kesultanan Melayu dan penjajahan kuasa asing hinggalah saat perjuangan menuntut kemerdekaan.

The Elevation of Higher Learning


ISBN: 
9789830684642
RM60.00
Penulis: 
Zaini Ujang
Tahun Terbitan: 
2009

The Elevation of Higher Learning is a compilation of one writer's views on higher education, a sector which has swiftly become prominent in the public eye in enhancing the appreciation of knowledge and improving its quality, especially among students and graduates. It is a frequently raised issue as universities have long been synanymous with the advancement of knowledge, its civilisation and traditions.

Keberanian Menggapai Harapan


ISBN: 
9789830683492
RM45.00
Penulis: 
Barack Obama
Tahun Terbitan: 
2009

Berani Menggapai Harapan merupakan cara baru Barack Obama berpolitik - politik yang berasaskan permuafakatan yang menyatukan kita sebagai rakyat Amerika. Ketelusan visi beliau tentang kedudukan Amerika di persada dunia, keterbukaannya berkongsi kisah keluarganya dan pengalamannya di Senat menyerlahkan lagi keyakinan politik yang diungkapkan di sini, serta mendorong kita supaya yakin dengan sikap optimis yang telah sekian lama menjadi tunggak dan harapan untuk kita terus maju.

Membuat Keputusan dan Strategi Menyelesaikan Masalah


ISBN: 
9789830683652
RM25.00
Penulis: 
John Adair
Tahun Terbitan: 
2009

Anda ingin berjaya dalam perniagaan? Pastkan anda membuat keputusan yang terbaik, masalah diselesaikan dengan sepenuhnya dan binalah idea yang kreatif dan bebas. Membuat Keputusan & Strategi Menyelesaikan Masalah akan membantu anda menguasai proses praktikal yang mendasari tindakan membuat keputusan yang berkesan, menyelesaikan masalah & berfikir secara kreatif. Latihan senarai semak dan kajian kes turut disediakan untuk membantu anda:

• Cara minda berfungsi

• Membentuk rangka untuk membuat keputusan

• Berkongsi keputusan bersama orang lain

Ensiklopedia Soal dan Jawab Sejarah Dunia


ISBN: 
9789830683980
RM25.00
Penulis: 
Brian Williams
Tahun Terbitan: 
2009

Ensiklopedia Soal & Jawab yang dihias dengan ilustrasi istimewa ini menjawab lebih daripada 70 soalan penting untuk membolehkan kamu memahami subjek utama. Ketahui bandar apakah yang mempunyai penduduk paling ramai, di manakan Orang Masai tinggal, bagaimanakah Sungai Caribbean mendapat namanya, serta banyak lagi fakta yang menarik perhatian. Uji rakan kamu dan buatkan mereka kagum dengan pengetahuan kamu apabila kamu menjawab kuiz yang mencabar, dan pelajarilah fakta baharu yang menarik dalam panel fakta yang mudah digunakan.

Membina Kemahiran Kepimpinan


ISBN: 
9789830684086
RM25.00
Penulis: 
John Adair
Tahun Terbitan: 
2009

Kemahiran kepimpinan ialah kunci pengurusan. Pengurus yang cekap juga merupakan seorang pemimpin yang cekap. Bagaimanakah untuk menjadi pemimpin seperti ini? Membina Kemahiran Kepimpinan dapat memberikan jawapannya. Buku yang lengkap dengan panduan mudah dan praktikal ini amat sesuai untuk mereka yang bakal menjadi pemimpin, malah merupakan pilihan yang tepat bagi meningkatkan kemahiran asas dalam kepimpinan. Antara yang difokuskan dalam buku ini adalah asas untuk menjadi pemimpin yang berkesan seperti:

• sifat penting kepimpinan

• cara mendapatkan kuasa peribadi

Menakhoda Zaman


ISBN: 
9789830684796
RM42.00
Penulis: 
Najib Tun Razak
Tahun Terbitan: 
2009

Dimensi baru menuntut bangsa Melayu melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing untuk berlumba menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali berubah. Jika Melayu gagal menakhoda zaman, merekalah yang akan ketinggalan zaman.