Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I



ISBN: 
9789830684659
RM30.00
Penulis: 
Hasuria Che Omar Rokiah Awang Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin Noriah Mohamed
Tahun Terbitan: 
2009

Buku ini memperlihatkan hubung kait penggunaan bahasa verbal dan bukan verbal dalam pelbagai bidang ilmu di Malaysia, dan perkongsian idea ini dilihat dari sudut komunikasi, pendidikan dan penterjemahan. Dari aspek komunikasi, perbincangan berkisar kepada komunikasi verbal dan bukan verbal dalam rancangan audiovisual, dalam kalangan guru pelatih, penggunaan telefon bimbit, dalam budaya masyarakat majmuk di Malaysia, dan gerak isyarat menerusi perspektif neurokognisi. Konteks komunikasi dalam keluarga oleh gender ketiga, dan komunikasi yang dibawakan oleh simbol pembacaan pruf dalam proses penerbitan buku turut dibincangkan. Aspek pendidikan pula meneliti penggunaan Bahasa Melayu Baku (BMB) pada peringkat prasekolah, kejayaan Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA 2M) di sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Pulau Pinang, serta komunikasi dua golongan murid disleksia visual dan disleksia auditori. Pengaruh persekitaran terhadap unsur pengisi dalam perbualan kanak-kanak, kaedah pengajaran video muzik sebagai bahan bantuan mengajar yang efektif dalam pengajaran bahasa bukan verbal, masalah orang cacat pendengaran, ciri bahasa isyarat dan kod tangan bahasa Melayu yang digunakan di sekolah pendidikan khas, serta ciri linguistik Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) turut ditinjau, begitu juga dengan konsep masyarakat Malaysia yang bersifat glokal.



Troli Belian[]

There are no products in your shopping cart.

0 ItemsJumlah: RM0.00