Bisik Warna



ISBN: 
9789833922154
RM40.00
Writer: 
A. Samad Said
Year Published: 
2009

Bisik Warna ini mempunyai semangat dan hasrat yang sedikit lain. Penulisnya mahu menggabungkan lukisan yang secara spontan diiringi oleh mutiara kata yang juga tercipta secara spontan. Rasanya buku seperti ini sangatlah bercita-cita, malah perlu bersuara dan berwajah baharu. Melaluinya, penulis cuba membuktikan bahawa lukisan adalah tulisan batin, sementara tulisan pula adalah lukisan zahir. Maksudnya, secara aneh, ia berhubungan bagi menyampaikan gelodak dan halus rasa seorang seniman.